RED Bull sedar ancaman daripada McLaren sejak kebelakangan ini. FOTO AFP
RED Bull sedar ancaman daripada McLaren sejak kebelakangan ini. FOTO AFP
Reuters

Spielberg: Red Bull akan berhati-hati dengan pelumba McLaren, Lando Norris di Grand Prix (GP) laman sendiri di Austria yang pernah dikuasai Max Verstappen pada masa lalu tetapi kali ini kelihatan pertarungan sengit antara kedua-duanya.

Pusingan ke-11 musim Formula Satu (F1) bermula dengan perlumbaan pecut, buat kali ketiga tahun ini, pada hari Sabtu, diikuti dengan saingan sebenar keesokan harinya.

Juara dunia tiga kali itu berharap untuk melebarkan kelebihan 69 mata yang dinikmatinya ke atas pencabar terdekat Norris yang mewakili McLaren.

Norris mempunyai sebab untuk ditakuti selepas memperoleh petak utama di Sepanyol Ahad lalu dan menduduki tempat kedua.

Dia juga naib juara di Kanada - kedua-dua perlumbaan yang dirasakan pelumba berusia 24 tahun itu sepatutnya menang.

Spielberg adalah pusingan terpendek, dari segi masa, dalam kalendar dengan Verstappen menduduki petak utama tahun lalu dalam masa lebih 64 saat.

"Pada pusingan yang begitu singkat ia akan menjadi sangat sukar," kata prinsipal Red Bull, Christian Horner.

"Kami menjangkakan Mclaren dan Lando akan kembali pantas. Ferrari, Mercedes, siapa tahu? Jika anda melihat jurang kepada mereka selepas perlumbaan (Sepanyol) ia hampir sama dengan tahun lalu. Pelumba yang meningkat ialah Lando.

"Kami perlu berjuang bermati-matian untuk kemenangan pada masa ini dan kami perlu berada di puncak permainan kami sebagai satu pasukan ..., itulah Formula Satu, itulah yang sepatutnya."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 9:25 PM