MANGSA yang cedera diselamatkan anggota bomba.
MANGSA yang cedera diselamatkan anggota bomba.
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengesahkan insiden runtuhan kren berhampiran Sri Pentas, Bandar Utama pagi tadi tidak berkaitan dengan pembinaan MRT.

Pengarah Bahagian Operasi dan Pengurusan Aset MRT Corp, Mahmood Abdul Razak berkata, kontraktor dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd mengesahkan kepada pihaknya kejadian jam 9.30 pagi itu berlaku berhampiran pusat pembinaan stesen Bandar Utama.

Katanya, insiden runtuhan berkenaan juga tidak menjejaskan operasi membabitkan pembinaan stesen berkenaan.

"Kami dimaklumkan terdapat seorang mangsa dalam insiden berkenaan tetapi berjaya diselamatkan pihak bomba," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 2:53 PM