FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 30-an maut selepas terjun daripada perancah projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Jalan Tunku Abdul Halim, di sini, kira-kira 11 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, terdahulu mangsa yang memandu kereta terbabit kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kenderaan sebelum kedua-dua pemandu keluar daripada kenderaan masing-masing untuk berbincang.

Zainuddin berkata, hasil keterangan pemandu kereta yang terbabit kemalangan dengan mangsa memberitahu lelaki berkenaan secara tiba-tiba memanjat besi perancah MRT dan melompat dari ketinggian empat tingkat sebelum maut di tempat kejadian.

"Mayat kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 5:00 PM