PEMAIN Austria, Marcel Sabitzer melepaskan rembatan kaki kiri yang menerjah jaring Belanda. FOTO Agensi
PEMAIN Austria, Marcel Sabitzer melepaskan rembatan kaki kiri yang menerjah jaring Belanda. FOTO Agensi
Reuters

Berlin, Jerman: Kemenangan bersejarah Austria 3-2 ke atas Belanda dalam Kumpulan D bukan saja meletakkan pasukan itu sebagai juara kumpulan, malah ia dianggap detik terhebat dalam sejarah bola sepak Austria.

Wira pasukan, Marcel Sabitzer yang meledak gol kemenangan akui rembatan yang dilakukan dengan menggunakan kaki kirinya cukup istimewa.

Menurut tonggak berusia 30 tahun itu, dia hanya memanfaatkan peluang diberi dengan sebaiknya menerusi kaki kiri yang sememangnya menjadi 'senjatanya' dalam melakukan percubaan.

"Saya menerima bola di sudut yang sempit, saya mendongak dan melihat ada pertahanan yang dekat dengan saya.

"Walaupun ada pertahanan lawan, saya yakin mampu melepaskan rembatan kerana saya sememangnya lebih selesa merembat dengan kaki kiri.

"Sebaik saja saya merembat bola itu, saya yakin bola itu akan menerjah jaring dan ia benar-benar berlaku," katanya.

Selepas aksiitu, Sabitzer yang beraksi di bahagian tengah diumumkan sebagai yang pemain terbaik perlawanan memuji kesungguhan rakan sepasukan berjuang biarpun ditekan Belanda sepanjang aksi.

"Kami semua pemain bola sepak yang mahu memenangi perlawanan, dan itu adalah objektif kami dalam setiap perlawanan.

"Kami bermain sebagai satu unit dan Bersatu hati. Elemen inilah yang membuatkan kami kuat dan mampu menamatkan aksi dengan kemenangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 8:07 PM