LAWATAN itu pasti meninggalkan kesan mendalam, yang dijangka tidak berapa bagus, khususnya mengenai keganasan dan kezaliman.
LAWATAN itu pasti meninggalkan kesan mendalam, yang dijangka tidak berapa bagus, khususnya mengenai keganasan dan kezaliman.
PELANGGAN diingatkan bahawa keselamatan adalah tanggungjawab mereka sendiri.
PELANGGAN diingatkan bahawa keselamatan adalah tanggungjawab mereka sendiri.
KOS lawatan empat hari itu ialah antara RM7,276 hingga RM11,193.
KOS lawatan empat hari itu ialah antara RM7,276 hingga RM11,193.
LAWATAN itu memberi peluang kepada Ukraine untuk melihat secara dekat kesan pertempuran.
LAWATAN itu memberi peluang kepada Ukraine untuk melihat secara dekat kesan pertempuran.

PERJALANAN dengan kereta kebal dan diiringi dengan pengawal peribadi, sebuah syarikat percutian Russia menawarkan pakej lawatan ke beberapa lokasi di Ukraine yang terjejas akibat perang saudara yang masih berlaku. Pakej berkenaan memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat kesan peperangan secara lebih dekat.

Sehingga kini seramai 10 individu sudah menyatakan minat untuk mengikuti pakej berkenaan yang ditawarkan syarikat Megapolis Kurort yang berpangkalan di Moscow.

Bagaimanapun, semua pelanggan sudah diberi amaran bahawa keselamatan mereka adalah tanggungjawab mereka sendiri.

Antara lokasi bakal dilawati termasuklah bandar Donetsk dan Luhansk yang masih dikuasai kumpulan pemberontak pro-Russia.

Kedua-dua bandar berkenaan adalah lokasi paling teruk terjejas sejak perang saudara tercetus di Ukraine sejak 2014.

Walaupun pertempuran antara kumpulan pemberontak dan tentera Ukraine masih tercetus tetapi syarikat itu percaya mereka boleh memperoleh keuntungan daripada konflik berkenaan.

Menurut laporan akhbar Izvestiya, pelang­gan perlu membayar antara RM7,276 hingga RM11,193 untuk pakej lawatan selama empat hari ke wilayah bergolak berkenaan.

Pakej itu turut merangkumi pengawal peribadi dari sebuah syarikat keselamatan dan kereta kebal yang boleh memuatkan lima hingga tujuh penumpang.

Pemilik bersama Megapolis Kurort, Anatoly Aronov berkata, syarikat itu tidak dapat menjamin keselamatan pelanggan dan mereka bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kumpulan pemberontak yang dilantik sebagai menteri sukan dan pelancongan Luhansk, Stanislav Vinokurov menyelar pakej pelancongan berkenaan.

“Pakej ini langsung tidak menarik kerana mereka akan melihat kematian, air mata dan kesedihan penduduk di sini.

“Saya faham dan menyokong usaha untuk mengkomersial industri pelancongan di sini. Tetapi memperoleh keuntungan daripada kesengsaraan orang lain, saya tidak menyokongnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:39 AM