TENTERA Ukraine di barisan hadapan di kampung Travneve di wilayah Donetsk. FOTO Reuters
TENTERA Ukraine di barisan hadapan di kampung Travneve di wilayah Donetsk. FOTO Reuters
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS), pada Isnin, mengumumkan sekatan kewangan terhadap wilayah pemberontak yang baru diiktiraf oleh Rusia di timur Ukraine dan memberi amaran bahawa lebih banyak lagi sekatan akan dikenakan jika perlu.

Presiden Joe Biden akan mengeluarkan arahan eksekutif untuk menghalang pelaburan baharu, perdagangan dan kewangan dari AS kepada Wilayah Republik Rakyat Donetsk (DNR) dan Republik Rakyat Luhansk (LNR) di Ukraine," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki, yang merujuk kawasan dikuasai pemisah Donetsk dan Lugansk.

Arahan itu akan "memberi kuasa untuk mengenakan sekatan ke atas sesiapa yang berhasrat untuk menjalankan operasi di kawasan berkenaan hyang terletak di Ukraine", kata Psaki.

Ia sebagai langkah tambahan berasingan kepada sekatan Barat yang lebih luas yang bersedia dilaksanakan sekiranya Rusia terus menyerang Ukraine.

Dua republik itu sudah menyekat sebarang bentuk kerjasama dengan warga AS.

Bagaimanapun, sekatan itu menandakan fasa baharu yang tidak lama lagi boleh menjadi konfrontasi Timur-Barat paling berbahaya sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 9:30 AM