PUAS bakat lakonan dapat pengiktirafan  peminat mahupun juri profesional.
PUAS bakat lakonan dapat pengiktirafan peminat mahupun juri profesional.
Oleh Norhayati Nordin


Meskipun kini pelakon serba boleh, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 39, jarang muncul di kaca televisyen, tidak bermakna dia sudah mengundur diri.

Ibu kepada dua cahaya mata yang pernah mendapat jolokan pelakon air mata ini masih berminat pada lakonan, cuma dia mengurangkan aktiviti seninya kerana terikat dengan perniagaan busana Muslimah sejak tahun lalu.

Biarpun mula berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai jualan di beberapa festival serta akaun Instagram (IG) miliknya, kini penat lelah itu membuahkan hasil.

Bersua dengannya pada sesi fotografi diatur baru-baru ini, perniagaan Noorkhiriah nampaknya semakin berkembang positif dan mampu mengusahakan butik sendiri.

Bersandarkan jenama Nur by Khiriah, butik itu mula beroperasi sejak 1 Februari lalu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 6:34 AM