ARIEL yang mempunyai berkaki enam. FOTO Ollie Bird.
ARIEL yang mempunyai berkaki enam. FOTO Ollie Bird.
Agensi

Cardiff: Seekor anjing mempunyai enam kaki yang sebelum ini ditemui terabai di luar sebuah kedai, kini mendapat kehidupan baharu lebih baik di Pembrokeshire.

Sky News melaporkan anjing jantan yang diberi nama Ariel sempena watak Little Mermaid Disney itu kini bersama pemilik barunya, Ollie Bird, yang mempunyai sekolah luncur adaptif di Wales Barat.

Ariel baru berusia 11 minggu ketika ditemukan terbiar dan ditempatkan di pusat pemuliharaan tempatan, Greenacres di Haverfordwest.

Selain enam kaki, baka spaniel itu juga dilahirkan dengan dua vulva dan hanya satu buah pinggang.

Lelaki berusia 40 tahun itu, yang tinggal di Freshwater West, memberitahu Sky News dia dan keluarganya 'mungkin satu-satunya individu di Wales' yang tidak pernah mendengar kisah Ariel apabila mereka membuat keputusan mengambilnya sebagai anak angkat.

Kehadiran Ariel datang pada saat keluarga Bird sedang berduka atas kehilangan anjing mereka.

"Sebelum ini kami mempunyai seekor anjing berusia 16 tahun yang ditemui 13 tahun lalu berkeliaran di pantai Freshwater West.

"Malangnya anjing kesayangan kami itu mati secara tiba-tiba.

"Sepanjang 48 jam, kami fikir tidak akan membela anjing lain, tetapi selepas menyedari rumah terasa kosong, kami memohon kepada Greenacres untuk mendapatkan seekor anjing," kata Bird.

Selepas beberapa, Greenacres kemudian menghubungi Bird dan memperkenalkan Ariel.

"Kami mengetahui keseluruhan kisah Ariel. Kami benar-benar gembira dan mengalu-alukannya ke dalam keluarga kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 12:42 PM