SS simpati de­ngan nasib seorang pelakon cantik ini yang asyik makan hati berulam jantung. Walaupun dia sudah lama berkahwin, kehidupannya tak pernah bahagia kerana sering dilayan dengan hambar oleh suaminya.

Selain sikap suaminya yang baran itu, pelakon terbabit selalu mengesyaki suaminya ada wanita lain kerana pernah terbaca pesanan dalam telefon bimbit suaminya yang kemung­kinan besar datang daripada kekasih gelapnya.

Apabila soalan itu ditanya kepada suami maka 'perang nuklear' pun meletus dalam rumah ­mereka.

SS tidak pasti pula si suami pernah jatuh ta­ngan ke atas pelakon itu tetapi yang pasti pelakon itu selalu tertekan de­ngan hidupnya sepanjang masa.

Namun dia hanya mampu mengadu nasib dengan kawan rapatnya dalam kalangan kaum sejenis yang sekadar berupaya memberikan nasihat dan meminta dia bersabar.

Apapun SS terharu kerana pelakon itu tidak pernah merungut untuk meminta cerai kerana benar-benar sayangkan suaminya itu.

Dia akui cemburu dan sedih apabila melihat pasa­ngan lain hidup bahagia dalam rumah tang­ga mereka.

SS: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:00 AM