SKUAD negara ceria raih perak.
SKUAD negara ceria raih perak.
Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Skuad berbasikal remaja negara memulakan saingan Kejohanan Lumba Basikal Trek dan Lebuhraya Asia (ACC) dengan cemerlang apabila meraih pingat perak acara pecut berpasukan lelaki di Thailand semalam.

Trio negara, Muhamad Khairil Nizam Rasol, Muhamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Muhammad Fadhli Mohd Zonis yang dikendalikan Junaidi Mohd Nasir terpaksa akur kepada lawan daripada Taiwan yang mencatatkan 1 minit 03.409 saat dengan Korea Selatan meraih gangsa.

“Sudah tiga tahun kami mendapat perak acara ini, namun kali ini barisan pelumba ini berjaya memecahkan rekod kebangsaan untuk trek luar dewan. Mereka mencatatkan 1.03:608s berbanding rekod lama, 1.05s pada 2011.

“Saya sangat puas hati kerana tidak menjangkakan mereka mampu melakar catatan masa berkenaan. Saya bangga kerana mereka memberikan lebih 100 peratus,” kata Junaidi yang juga bekas pelumba negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 7:13 AM