MOHD Shariz Efendi (tengah) bersama Mohd Fadli Mohd Zonis (kanan) dan Mohd Khairil Nizam Rasol (kiri) pamer emas dimenangi. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
MOHD Shariz Efendi (tengah) bersama Mohd Fadli Mohd Zonis (kanan) dan Mohd Khairil Nizam Rasol (kiri) pamer emas dimenangi. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Azlan Muhammad Zain


TRIO negara Muhammad Khairil Nizam Rasol, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin raih emas pecut lelaki berpasukan pada KL2017 selepas menewaskan Thailand pada final di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Barisan pelumba negara ternyata berada di kelas tersendiri apabila menamatkan saingan dengan masa 44.776s manakala Thailand berpuas hati dapat perak dengan masa 45.735s.

Gangsa diraih Indonesia menewaskan Singapura dalam aksi penentuan gangsa.

Ia pingat emas kedua dari velodrom selepas Irwandie Lakasek menyumbang emas pertama menerusi acara scratch, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 9:37 PM