OPERASI mencari dan menyelamat dijalankan bomba dan nelayan. FOTO ihsan bomba
OPERASI mencari dan menyelamat dijalankan bomba dan nelayan. FOTO ihsan bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Mukah: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas perahu tambang dinaikinya karam di Sungai Mukah di sini, 6 pagi tadi.

Empat mangsa lain bersama pemilik perahu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai sebelum dibantu penduduk kampung.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika arus Sungai Mukah agak deras susulan hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

Arus deras dipercayai menyebabkan perahu gagal dikawal dan terbalik.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan 7 pagi tadi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Mukah bersama Persatuan Nelayan Mukah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 9:48 AM