BOMBA ketika mencari mangsa. FOTO Joshua Eric
BOMBA ketika mencari mangsa. FOTO Joshua Eric
Joshua Eric


KERJA memotong dan mengalih kayu di tebing sungai berhampiran Rumah Panjang Mujan, Ulu Skrang di Sri Aman, oleh sekumpulan tujuh pekerja bertukar tragedi selepas seorang daripadanya dikhuatiri lemas, hari ini.

Sumber memberitahu NSTP, mangsa, Faizal Ibrahim, 28, dikatakan tiba-tiba terjatuh ke Sungai Batang Skrang sebelum tenggelam ketika melakukan kerja berkenaan.

Difahamkan, beberapa rakan sekerjanya yang menyedari kejadian itu cuba bertindak menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana arus deras.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Othman Sulaiman, berkata, bertindak atas maklumat diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

Katanya, operasi turut mendapat bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Betong dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman.

“Operasi SAR turut membabitkan penyertaan penduduk kampung, termasuk menggunakan tiga perahu,” katanya.

Difahamkan, mangsa berasal dari Kampung Debak Laut, Betong.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 7:22 PM