Oleh Ustaz Haslin Baharin

Apakah hukum mandi wajib menggunakan air mustakmal (yang sudah digunakan untuk bersuci)? Jika ada yang

menggunakan air mustakmal ini, adakah solatnya sah? Jika tidak, adakah dia perlu mengqadakan solatnya sepanjang itu?

FIR

Kuching

Hukum air mustakmal adalah suci, namun ia tidak boleh menyucikan atau dibuat bersuci. Ahli fiqh sepakat menyatakan, untuk bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar perlu menggunakan air mutlak yang suci lagi boleh menyucikan.

Ia berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: "Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci." (surah al-Furqan, ayat 48)

Oleh itu hanya air yang bersih secara mutlak boleh digunakan untuk bersuci. Secara umumnya apabila tidak sah cara bersucinya, tidak sah juga solatnya.

Namun di sini mungkin ada perkara yang terlepas pandang seperti maksud air mustakmal sebenar dan kurang jelas maklumat persoalan yang ditimbulkan, atau perkara lain yang tidak jelas.

Oleh itu segera berusaha mencari guru yang boleh meyakinkan saudara. Jangan biarkan diri dalam keraguan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 2:57 AM