Sejak putus tunang hujung tahun lalu, nama pelakon cantik manis Amyra Rosli meledak-ledak. Paling menarik perhatian ialah kisah cinta terbarunya.

SS dimaklumkan, Amyra kini rapat dengan pelakon Amar Baharin selepas mereka sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.

Difahamkan, selepas Amar berpisah dengan pelakon Izreen Azminda, dia terus mendekati Amira.

SS tidak nafikan Amira memang cantik orangnya. Kalau SS masih bujang, tentu saja Amira wajah calon isteri idaman.

Difahamkan, ada beberapa pelakon popular lain cuba mendekati Amira, namun bukan mudah kerana ibunya sentiasa ada untuk memantau anak daranya itu.

SS: Wajah cantik memang sentiasa mengundang perhatian ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:09 AM