Kebelakangan ini semakin ramai penyanyi dan pelakon diambil menjadi pengacara.

SS tak tahu sama ada mereka diambil kerana betul-betul berbakat atau disebabkan berwajah cantik dan tampan semata-mata.

Tak dinafikan ramai yang berbakat, tetapi ramai juga yang hanya mengharapkan rupa saja!

Nak jadi pengacara bukan mudah. Pengalaman dalam dunia lakonan dan berwajah cantik bukanlah faktor penentu.

Setahu SS, seseorang pengacara pastinya perlu petah bercakap dan paling penting adalah bijak dan ada pengetahuan.

SS perhatikan ada seorang artis ini yang diambil menjadi pengacara, tetapi apabila melihat dia mengacara program adalah lebih baik dia teruskan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi.

SS tak nafikan dia cantik, sayangnya dia gagal setiap kali mengacara. Kadang-kadang nampak kaku dan keras!

Yang pasti kriteria dia diambil sebagai pengacara adalah kerana dia cantik. Kalau diikutkan bakat memang ke laut!

SS boleh bayangkan bagaimana kru produksi program yang diacarakannya itu bekerja. Mesti sakit hati! Nak marah mungkin tak sampai hati.

Jadi, mana-mana artis jika ditawarkan menjadi pengacara itu fikirlah masak-masak jika tahu anda tidak ada bakat atau memang tak pandai untuk mengacara mana-mana program.

Janganlah terima saja semata-mata wang. Jika tak menjadi, anda juga yang akan malu.

SS: Menjadi pengacara di majlis perkahwinan pun kena ada ilmu supaya tetamu tak bosan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:27 AM