Sebenarnya ramai yang tahu artis itu melakukan pembedahan pada wajahnya, tetapi dia tetap menafikannya.

Dia bermati-matian tidak mengaku 'mengubah suai' wajah sebaliknya memberitahu menggunakan solekan untuk menampakkan ia lebih cantik.

Bagaimanapun, gosip itu disahkan seorang rakan SS yang mengenali artis terbabit.

Dengar khabar artis berkenaan memilih sebuah klinik di negara jiran untuk melakukan pembedahan itu kerana bayarannya cukup murah.

Menurut rakan SS lagi, klinik itu kerap dikunjungi ramai artis dari negara ini untuk mengubah suai anggota badan yang dirasakan kurang cantik.

Difahamkan pembedahan plastik ini amat menyakitkan namun demi kecantikan, artis ini sanggup melaluinya.

Tambahan pula kos pembedahan yang jauh lebih murah berbanding Malaysia menjadikan klinik kecantikan di negara itu pilihan ramai.

Namun SS lihat, biarpun sudah mencantikkan hidungnya, wajah artis itu tetap tiada perubahan.

SS bukan nak kutuk, tetapi artis itu memang memiliki wajah anggun, jadi sudah tidak perlu melakukan sebarang perubahan lagi.

Seeloknya menjaga kecantikan diri dengan mengamalkan pemakanan sihat dan diet seimbang.

SS: Bukan semua hasil pembedahan plastik berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:03 AM