Oleh Sudirman Mohd Tahir


Tahun 2015 melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai kisah suka dan duka. Bagi pelakon cantik Amyra Rosli, tahun berkenaan turut menyimpan 1,001 kisah.

Dalam pada dia cemerlang menerusi drama Suamiku Encik Sotong, Cik Bunga Dan Encik Sombong dan Tersuka Tanpa Sengaja, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli tidak lepas daripada terus dikaitkan dengan teman tapi mesranya pelakon Amar Baharin.

Biarpun kedua-duanya sudah banyak kali menafikan mereka sedang bercinta, namun peminat tetap mahu melihat gadis berusia 25 tahun ini menjadi suri di hati Amar.

Malah, ada yang beranggapan tahun 2016 ini Amyra dan Amar bakal menjawab teka-teki yang sekian lama bersarang di benak fikiran setiap orang iaitu berkahwin.

“Seperti yang selalu saya katakan, soal masa depan saya tak berani nak bersuara. Bukan apa, pengalaman lalu masih menghantui diri sekali gus mengajar saya banyak perkara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 7:29 AM