Bukan mudah menjadi artis kerana perkara pertama yang dipandang orang ramai selain bakat adalah penampilan.

Lebih-lebih lagi jika artis itu memiliki wajah tampan atau jelita dengan badan cantik pastinya mempunyai ramai peminat.

Menyebut mengenai kecantikan penampilan, SS teringat gosip mengenai seorang artis wanita yang kini dikatakan berat badannya sudah naik.

Difahamkan, penampilan artis itu kini seperti ‘mak orang’ walaupun usianya masih muda. Dia juga dikatakan mula mengabaikan penampilannya.

Entah apa masalah artis itu sekarang kerana sebelum ini dia kurus disebabkan amat menitikberatkan bentuk badannya.

SS teringat suatu ketika dulu ada peminat pernah menegur mengenai berat badan artis berkenaan, namun dimarahinya pula.

Ketika itu, badan artis terbabit tidaklah seteruk seperti yang dikatakan sekarang. SS cuba bersangka baik dan menganggap artis itu sangat sibuk dengan jadual kerjayanya yang padat sehingga tiada masa untuk bersenam dan menjaga pemakanan.

Sebaik-baiknya eloklah dia menjaga pemakanan kerana khuatir akan didatangi penyakit sehingga menjejaskan kerjaya.

SS: Bersenam 30 minit sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 1:10 PM