DONNA Karan tonjolkan aura tribal dalam
DONNA Karan tonjolkan aura tribal dalam
EMILIO Pucci tidak ketinggalan menjadikan cetakan tribal sebagai asas rekaannya.
EMILIO Pucci tidak ketinggalan menjadikan cetakan tribal sebagai asas rekaannya.
Oleh Nor Faizah Mohamed

Padanan warna kontra atau blok warna agak popular di pentas peragaan mahupun dalam kalangan masyarakat sejak tiga ke empat tahun kebelakangan ini.

Rata-rata label fesyen ternama dunia juga tidak ketinggalan memeriahkan trend ini dengan menampilkan sekurang-kurangnya dua palet warna pada rekaan masing-masing yang lazimnya terdiri daripada rona terang.

Helaian bercorak atau bercetak tiada dalam kamus sang pereka ketika itu kerana biasanya paduan blok warna terarah kepada rona polos bagi mengelakkan penampilan kelihatan sarat.

Namun sudah namanya trend, populariti blok warna makin surut saat ini apabila kebanyakan pereka mula beralih kepada padanan tekstur kontra atau blok tekstur dengan cetakan motif tribal.

Trend yang dimulakan sempena himpunan musim panas 2014 itu memaparkan kepelbagaian cetakan motif tribal pada hampir keseluruhan aspek fesyen.

Beg tangan, pakaian renang, baju, kasut, malah riasan kuku bertemakan tribal yang disifatkan sesuai untuk semua padanan siluet.

Si pereka pula mula bereksperimen ke atas pilihan material dengan menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis fabrik berbeza pada satu rekaan.

Emilio Pucci antara jenama yang mengangkat trend ini menerusi himpunan gaun, jaket dan beg tangannya.

Sut pakaian renang tribal juga banyak menghiasi pentas peragaan musim ini yang cuba lari daripada rekaan biasa dan bersifat kontemporari.

Kembali kepada aliran fesyen blok warna, tiada sumber atau punca kukuh mengapa stail blok warna mula kurang jadi perhatian di pentas peragaan namun masih ada beberapa pereka-antaranya Dior dan Roksanda Ilincic-masih menyuntik sedikit ilham trend itu bagi himpunan musim luruhnya kali ini.

Dior sengaja memadankan gaun hijau sengaja bersama tunik merah jambu yang dikatakan cuba lari daripada skema warna tipikal musim ini.

Kombinasi warna bagi rekaan Roksanda Ilincic pula lebih bertenaga dengan gaun berinspirasikan pakaian sukan berserta penggunaan blok warna yang tidak keterlaluan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:05 AM