Kes saman sivil gangguan seksual Clara mendakwa menerima mendapat respons daripada agensi Polaris Entertainment.

Agensi itu mengatakan, Clara berulang kali melanggar kontraknya tahun lalu dan pihaknya cuba mencari penyelesaian, malangnya dia tidak memberi respons apabila mereka menghantar beberapa notis dokumen kepadanya.

“Apabila kami tidak memenuhi permintaannya untuk membatalkan kontrak, dia mengancam membuat dakwaan serangan seksual.

“Apabila kami memulakan dakwaan, Clara memfailkan saman sivil terhadap kami pula,” katanya.

Agensi itu turut melaporkan, Clara disaman dan kini disiasat pihak berkuasa. Bapanya, Lee Seung Kyu juga disoal siasat kerana dipercayai turut bersubahat.

“Jika dakwaan Clara betul, dia sepatutnya memfailkan saman jenayah, bukan saman sivil. Mungkin disebabkan dia bakal didakwa menipu mahkamah jika memfailkan saman jenayah, dia memilih saman sivil terhadap kami.

“Dakwaan Clara dimalukan secara seksual tidak benar dan ia serangan berniat buruk terhadap pengerusi agensi yang sepatutnya dihormati,” lapor agensi.

Sebelum ini, wakil agensi meminta Clara mematuhi kontrak atau bayar denda kerana melanggar kontrak.

Selepas menerima notis daripada agensi, Clara mahu mereka membatalkan kontrak atas alasan mengalami serangan seksual dan jika tidak memenuhi permintaannya, laporan polis akan dibuat.

Pihak agensi meminta Clara meminta maaf secara rasmi kerana membuat tuduhan palsu.

Kata agensi lagi, Clara melawat agensi dan bertemu mereka bagi menjelaskan tuduhan serangan seksual itu adalah tidak benar dan terpaksa mereka-reka cerita kerana mahu membatalkan kontrak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:03 AM