Satu laporan eksklusif didedahkan mengenai enam anggota kumpulan BAP akan menyaman syarikat pengurusan mereka kerana membatalkan kontrak.

BAP memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah Barat Seoul pada 26 November lalu.

Menurut laporan, kontrak BAP bersama agensi didakwa mengandungi klausa yang memberi keuntungan kepada sebelah pihak saja.

Selain itu, tarikh rasmi kontrak mereka ditulis bukan apabila kontrak ditandatangan tetap tarikh apabila album pertama mereka dilancarkan dan bersambung untuk jangkamasa tujuh tahun dan ke depan.

Kontrak itu juga didakwa melanggar garis panduan ditetapkan Suruhanjaya Keadilan Perdagangan yang menghalang kontrak 'perhambaan' (slave contracts) serta mengandungi klausa melanggar hak sivil, keuntungan pengedaran berat sebelah dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pihak TS Entertainment melaporkan mereka akan mengeluarkan kenyataan penuh secara rasmi selepas pengesahan saman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:01 AM