Hubungan aktor Taylor Lautner dan Marie Avgeropoulus sudah berakhir. Berita perpisahan mereka didedahkan E! News secara eksklusif, baru-baru ini.

Sumber yang rapat dengan pasangan itu memaklumkan, percintaan mereka sebenarnya berakhir sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut mengenai punca keretakan hubungan itu. Katanya, Lautner menikmati saat romantis setiap kali mereka meluangkan masa bersama.

“Saya hanya boleh beri maklumat mengenai perpisahan mereka. Setakat ini hanya itu informasi yang boleh saya beri. Mengenai punca perpisahan itu, biarlah Lautner sendiri ceritakan,” katanya.

Lautner dan Marie kali pertama bertemu sekitar 2013 di lokasi penggambaran filem aksi, Tracers. Tidak seperti pasangan lain, mereka sangat selesa mendedahkan hubungan itu kepada orang ramai.

Marie dikenali menerusi wataknya dalam I Love You, Beth Cooper. Dia juga berlakon dalam siri televisyen The Cult serta membintangi The 100 berganding dengan Eliza Taylor, Isaiah Washington dan Richard Harmon.

Sebelum bercinta dengan Lautner, Marie pernah menjalin hubungan dengan Shawn Roberts. Mereka berkenalan ketika sama-sama berlakon dalam filem I Love You, Beth Cooper.

Lautner juga mempunyai pengalaman bercinta dengan gandingannya dalam lakonan. Dia jatuh cinta dengan Lily Collins ketika berlakon dalam filem Abduction pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:03 AM