Oleh Norhadiani Baharom

"Buka boleh tapi dengan syarat!" kata seorang pelakon baru mempunyai iras wajah aktor Hollywood, Taylor Lautner yang memegang watak sebagai Jacob Black menerusi filem box-office, Twilight.

Lalu, foto-fotonya di Instagram disemak dan ternyata ada sebilangan kecil gambar pemuda ini boleh dikaitkan dengan Lautner. Atau paling sering dia disamakan Kellen lutz yang turut membintangi filem sama menerusi watak Emmeth Cullen.

Berasakan Hafreez Aizat Zahalan (Hafreez), 24, turut memiliki wajah dan tubuh yang seksi sehingga mengaitkannya dengan dua aktor itu, penulis awalnya terpanggil untuk menghasilkan fotografi yang mengenengahkan konsep bersayap.

'Sayap' bukan saja sebagai simbolik kerjaya lakonannya yang semakin berkembang, tetapi juga membangkitkan unsur fiksyen dalam edisi penghias muka depan RAP Syok Sabtu minggu ini.

Bagaimanapun untuk melaksanakan konsep itu memerlukan Hafreez mendedahkan bahagian atas tubuhnya. Namun dia enggan, malah bersinglet juga dia masih keberatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:00 AM