NOOR Hashim (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas. FOTO Isma Ismail
NOOR Hashim (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas. FOTO Isma Ismail
Oleh Isma Ismail

Nusajaya: Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan selepas didapati memiliki mercun bernilai RM20,000 di Jalan Indah 6/1 Taman Bukit Indah, jam 10.40 malam tadi.

Kesemua mereka yang ditahan itu berusia 17 hingga 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mereka itu ditahan di sebuah khemah dipercayai mahu menjual barang larangan terbabit.

Menurutnya, sebanyak 31 jenis mercun dirampas dalam pemeriksaan terbabit.

"Kesemua mereka itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 3:16 PM