Oleh Mary Victoria Dass


Nusajaya: Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan lima warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM55,000 di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini, pada 15 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pada mulanya, hasil maklumat orang awam, pihaknya menahan seorang perempuan di dalam kereta di Skudai.

Katanya, susulan tangkapan berkenaan, pihaknya menyerbu sebuah rumah dan menahan empat lelaki dan seorang wanita di situ.

“Semua yang ditahan berusia antara 30 hingga 40 tahun. Polis menemui tiga jenis dadah menerusi serbuan berkenaan.

"Selain merampas dadah berkenaan yangg dijangka menjadi bekalan kepada kira-kira 1,300 penagih, tiga kenderaan bernilai kira-kira RM100,000 yang disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah juga disita," katanya pada sidang media, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 12:16 PM