Seorang 'fanatik tatu' memecahkan rekod dunia de­ngan pencacahan paling banyak pada satu masa apabila mencacah lebih 4,500 jarum pada sesi lapan jam yang menjerihkan.

Matthew Menczyk, 30, mencacah jarum pembedahan itu pada tangan dan belakang badannya, melebihi 650 jarum berbanding rekod sebelum ini.

Kelihatan seperti lapisan perisai ditenun pada kulitnya, bertarung de­ngan kesakitan dan pendarahan selama beberapa jam untuk merangkul gelaran 'Pencacahan Paling Banyak Dalam Satu Sesi.'

Pakar pengubahsuai badan Russ Foxx, 32, mengendalikan sesi pecah rekod itu di Vancouver, Canada.

"Kami melakukannya bukan hanya untuk memecahkan rekod yang ada tetapi juga untuk memusnahkannya.

"Ia satu hari yang panjang, tetapi kami berjaya mencatat rekod baru.

"Bahagian paling sakit ialah mencabut jarum berkenaan. Kami mencabur­nya segenggam demi segeng­gam kerana hendak cepat. Lima hingga sepuluh pada satu masa dan menariknya begitu saja," kata­nya.

Rekod sebelum ini ialah 3,900, dicipta oleh warga Amerika Syarikat Tyson Turk pada 2011.

Menczyk sanggup menahan sakit untuk mengumpul dana untuk Directions Youth Services (DYS) yang membantu remaja berisiko di Vancouver.

Menczyk yang turut dikenali sebagai Can Can berkata, saya hampir menangis menahan sakit.

Fanatik tatu itu berkata dia merancang memecah­kan satu rekod lagi tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 5:00 AM