Agensi

Henan, China: Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam bagi menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia dua tahun yang terjatuh enam meter ke dalam lubang saliran air yang sempit di satu kawasan pembinaan di sini, semalam.

Menurut People’s Daily, bayi itu terjatuh ke dalam lubang berkenaan ketika sedang bermain dan puluhan anggota bomba berusaha mengeluarkannya.

Lubang saliran itu hanya selebar 36 sentimeter dan mempunyai udara yang sedikit.

Bomba menggunakan jentera pengorek bagi menggali sebahagian lubang saliran itu sebelum berjaya menarik budak berkenaan keluar dan segera dihantar ke hospital.

Akhbar itu tidak memberi maklumat lanjut mengenai mangsa dan keluarganya. - SCMP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 6:43 PM
Puluhan anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. - Foto SCMP
Puluhan anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. - Foto SCMP