Foto viral ketika Program Jelajah Bas Drama Sangat.
Foto viral ketika Program Jelajah Bas Drama Sangat.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Elvina Muhammad menafikan dakwaan dia menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Gambit Saifullah.

Elvina berkata, dia dan Gambit rapat sebagai rakan sekerja apatah lagi mereka kini sedang mempromosikan drama Shhh... I Love U yang bersiaran di TV3.

"Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu. Saya tak ada apa-apa perasaan pun terhadap Gambit.

"Lagipun kami hanya rapat di set penggambaran atau sebarang program yang memerlukan kehadiran kami. Di luar set kami langsung tidak berhubung.

"Lagipun Gambit sudah mempunyai kekasih hati. Jadi, mana mungkin kami mempunyai hubungan istimewa," katanya.

Desas-desas hubungan Elvina dan Gambit hangat diperkatakan apabila tersebar video kemesraan mereka di laman sosial ketika menjayakan program Jelajah Bas Drama Sangat.

Menurut Elvina, tidak dinafikan Gambit jejaka yang romantik tetapi apa yang dilakukan pelakon itu hanyalah sekadar suka-suka.

"Kalau anginnya baik, dia akan layan dengan mesra dan lembut. Jadi saya tidak terkejut dengan tindakannya itu.

"Saya rasa apa yang dilakukan Gambit hanyalah sekadar untuk mendapatkan keserasian bagi watak yang kami lakonkan. Saya anggap ia atas dasar kerja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 6:42 PM