Remy belum tetapkan tarikh kahwin.
Remy belum tetapkan tarikh kahwin.
Najiy Jefri

 

[email protected]

PELAKON Remy Ishak mengakui dia masih tunang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ezza Yusof.

Remy berkata, sejak mengikat tali pertunangan Mei lalu, dia mengakui tidak selesa untuk berbicara mengenai tunangnya secara terbuka.

"Saya masih tunangan orang. Saya berdiam diri bukannya tidak mahu komen mengenai hubungan kami, tetapi tiada apa ingin saya ceritakan.

"Lagipun tidak selesa untuk berkongsi hal pertunangan dengan umum. Bagi saya, proses pertunangan itu sendiri lebih kepada untuk mengenali hati budi masing-masing," katanya.

Menurut Remy, mereka juga belum menetapkan tarikh pernikahan.

"Kami belum tetapkan tarikh pernikahan dan persiapan juga belum dibuat. Insya-Allah doakan rezeki saya untuk mengakhiri zaman bujang dipermudahkan.

"Jika ada apa-apa perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, saya sendiri akan sampaikan kepada semua,"katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 2:52 AM