KAH Ming (kiri) dan Juan Shen tewas kepada pilihan utama.
KAH Ming (kiri) dan Juan Shen tewas kepada pilihan utama.

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas China Masters, berakhir selepas beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen tumpas di suku akhir di Pusat Sukan Olimpik di Jiangshu, China semalam.

Pasangan pilihan ketujuh itu memberi tentangan sengit kepada pilihan utama, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin dari Taiwan sebelum tewas 19-21, 17-21.

Chen-Wang akan berdepan pasangan `bidan terjun’ Malaysia/Indonesia, Tan Boon Heong dan Hendra Setiawan di separuh akhir, hari ini selepas pasangan berkenaan mengejutkan pilihan keempat, Liu Cheng-Zhang Nan dari China 19-21, 21-16, 21-14.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir kelmarin, selepas pemain negara tewas kepada lawan masing-masing di pusingan awal.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam tiga acara - perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran - pada kejohanan yang menawarkan hadiah AS$150,000 (RM659,849). - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 6:50 AM