GOH V Shem bersama Tan Wee Kiong pamer aksi meyakinkan di Terbuka Singapura. FOTO/NSTP
GOH V Shem bersama Tan Wee Kiong pamer aksi meyakinkan di Terbuka Singapura. FOTO/NSTP
Saiful Affendy Sapran


SELEPAS longlai di Terbuka Malaysia apabila tersingkir di pusingan kedua, beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamer aksi lebih meyakinkan di Terbuka Singapura.

Pada pusingan pertama hari ini, beregu berstatus profesional itu menewaskan pilihan ketujuh dari China, Han Chengkai-Zhou Haodong 22-20, 21-15 dalam tempoh 35 minit di Stadium Tertutup Singapura.

Turut mara naib juara Seluruh England, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan 21-13, 21-18 dalam tempoh 35 minit.

Sementara itu, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir awal selepas tewas kepada He Jiting-Tan Qiang 19-21, 21-19, 18-21.

Turut gagal meneruskan kemaraan Mohamad Arif Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub yang tewas kepada wakil Korea Selatan, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae 16-21, 13-21.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 9:38 PM