Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sudah mengenalpasti punca berlaku banjir kilat di kawasan Jalan Teratai 1/2, Taman Bukit Teratai, Ampang, di sini, semalam.

PROLINTAS dalam satu kenyataan berkata, kejadian banjir lumpur itu disebabkan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.

"Selain dari kawasan berkenaan, kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur turut mengalami banjir kilat.

"PROLINTAS mengambil berat kejadian ini memandangkan kawasan berkenaan berhampiran dengan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE)," katanya.

Menurut kenyataan itu, sepasukan penyelamat kecemasan PROLINTAS di arah membantu penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur berkenaan.

Semalam, kira-kira 15 keluarga di Taman Bukit Teratai terjejas akibat banjir lumpur yang melanda kediaman mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 12:13 PM