Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


'Namun hati ini sentiasa berkata, kerana engkau yang pertama dalam hati, siapalah aku untuk membenci.'

Sekiranya kata-kata cinta itu dilontarkan Azrul suatu ketika dahulu, saat rasa cinta begitu mendalam, mungkin Melia akan menerimanya dengan hati yang penuh berbunga-bunga.

Tapi tidak lagi sekarang. Hatinya sudah ditumbuhi rasa benci terhadap lelaki itu sejak dia menghina kesucian perasaan cintanya.

Kini, Melia bukan orang yang sama. Dendam yang disimpannya sejak dikecewakan Azrul, membuatkan Melia lebih senang mempermainkan perasaan insan bergelar lelaki. Untuk jatuh cinta, tidak ada lagi buat gadis cantik itu. Tapi sampai bila dia harus terus begitu?

INFO:

Judul: Biasan Cinta Semalam

Penulis: Uji Norizoi

Penerbit: October

Harga: RM23 (Semenanjung)/ RM26 (Sabah dan Sarawak)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 5:02 AM