Meskipun penampilan artis wanita ini semakin menawan dengan pakaian yang menutup aurat, masih ada cerita kurang enak disampaikan kepada SS mengenai dirinya.

Seorang teman memaklumkan pada SS, artis wanita yang sopan santun ini begitu mudah didekati lelaki terutama dalam kalangan anak seni juga.

SS yang mendengar luahan teman itu, cuba meneliti cerita disampaikannya mengenai artis wanita berkenaan.

Kata teman SS, barang­kali memang pilihan artis wanita itu lelaki dalam kalangan orang dalam dunia hiburan.

Ini kerana berdasarkan beberapa episod cinta lalu artis wanita itu, dia memang dikaitkan dengan rakan artis dan seperjuangan dalam aliran seni. Memang belum pernah pun dengarnya dia dihimpit golongan kenamaan (VIP).

Apapun, SS hanya doakan semoga hubungan cinta dijalinnya berkekalan. Tidak kiralah, jika dia perlu berkali-kali putus cinta kerana tidak selalunya nasib seseorang itu kurang baik.

SS percaya apabila tiba masanya dan artis itu pun sudah bertemu calon pilihan hati yang sesuai pasti dia akan ke jenjang pelamin. Bagaimanapun, usahlah terus memandang negatif dengan kisah cintanya.

Meskipun SS dikhabarkan artis wanita itu kini hangat menjalin cinta dengan seseorang, SS harap hubungan mereka berpanjangan.

Bagi SS, paling penting artis wanita itu tidak serik bercinta.

SS: Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 10:39 AM