Bugatti Veyron milik polis Dubai yang diiktiraf sebagai kereta polis paling laju di dunia. - Agensi
Bugatti Veyron milik polis Dubai yang diiktiraf sebagai kereta polis paling laju di dunia. - Agensi

Dubai: Polis di sini memperoleh sijil Buku Rekod Guinness kerana memiliki kereta polis paling laju di dunia - Bugatti Veyron.

Kereta berkenaan adalah satu daripada 14 kereta berkelajuan tinggi yang dimiliki polis Dubai untuk digunakan bagi meronda bandar raya itu.

Antara kereta mewah yang dimiliki pasukan polis itu ketika ini ialah Aston Martin 77, Bentley Continental GT, Porsche Panamera dan BMW i8.

Bugatti Veyron itu yang mampu memecut selaju 407 kilometer sejam bagaimanapun menjadi tarikan utama antara kenderaan berkenaan.

Sebelum ini, polis Itali memiliki kereta peronda paling laju di dunia - Gallardo LP560-4 - yang mempunyai kelajuan maksimum 370 kilometer sejam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 8:15 AM