FERGIE percaya pengendali United itu lakukan kerja dengan baik walaupun berada di kedudukan kelima liga.SYSTEM
FERGIE percaya pengendali United itu lakukan kerja dengan baik walaupun berada di kedudukan kelima liga.SYSTEM
Agensi

London: Pengurus Manchester United Jose Mourinho tidak bernasib baik untuk melihat pasukannya bersaing merebut gelaran Liga Perdana musim ini, kata bekas pengendali Old Trafford Sir Alex Ferguson.

United yang dibimbing Mourinho sedang menduduki tangga kelima Liga Perdana selepas 27 perlawanan dan mereka ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu Chelsea gara-gara seri 10 perlawanan menentang pasukan teratas.

Ferguson yang pernah memenangi 13 gelaran Liga Perdana bersama United, memberitahu SiriusXM FC: “Saya tidak ada masalah dengan Jose dan pada pendapat saya, beliau melakukan tugasnya dengan baik.

“Beliau cuma kurang bernasib baik kerana ada perlawanan di tempat sendiri yang tidak dapat mereka menangi walaupun beraksi cemerlang.

“Jika mereka menang, sudah tentu mereka sedang mencabar gelaran musim ini. Hakikat itu tidak dapat dinafikan sesiapa.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 6:52 AM