POGBA (tengah) dikepung tiga pemain Celta pada aksi Liga Europa.
POGBA (tengah) dikepung tiga pemain Celta pada aksi Liga Europa.
AFP

Manama: FIFA akan menyiasat perpindahan rekod dunia Paul Pogba ke Manchester United, menurut sumber badan induk bola sepak dunia itu kelmarin.

Pemain tengah Perancis, Pogba berpindah dengan harga lebih £89.3 juta (RM502 juta) pada Ogos 2016 dari kelab Itali, Juventus.

Pengesahan mengenai siasatan itu hadir selepas media Perancis melaporkan FIFA sudah mula membuka kertas siasatan namun tidak jelas aspek apa mengenai perpindahan itu yang disiasat FIFA.

Pogba, 24, memulakan kariernya dengan kelab Inggeris itu namun hanya melakukan tiga penampilan dalam Liga Perdana sebelum menuju ke Itali, jelas tidak bersefahaman dengan pengurus ketika itu Alex Ferguson.

Dia menyinar dalam Serie A, menang empat kejuaraan liga bersama Juventus antara 2012 dan 2016.

Pogba turut tampil pada final Liga Juara-Juara 2015, yang mana Juventus tewas 1-3 kepada Barcelona.

Pada masa sama, pemain tengah itu mengukuhkan kedudukannya dalam skuad kebangsaan Perancis.

Dia melakukan penampilan sulung pada Mac 2013, seminggu selepas hari jadinya ke-20 pada kelayakan Piala Dunia menentang Georgia.

Dia juga tampil bersama skuad Piala Dunia Perancis pada 2014 dan dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Persembahan Pogba pada Euro 2016 menarik minat bekas kelabnya Manchester United di bawah pengurus baru Jose Mourinho.

Selepas terbabit dengan kemelut perpindahan yang berlanjutan berminggu-minggu, Pogba akhirnya menyertai United Ogos lalu dan setakat ini sudah tampil dalam hampir 50 perlawanan liga dan piala musim ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 10:35 AM