Alex (kiri) kata skuad Klopp berpeluang juara EPL musim ini. FOTO REUTERS
Alex (kiri) kata skuad Klopp berpeluang juara EPL musim ini. FOTO REUTERS
The Sun

BEKAS bos Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi sokongan terhadap Liverpool untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kali pertama sejak 1990, menurut bekas pemain, Jonathan Walters.

Bekas pemain Stoke itu mendakwa bekas pengurus United berusia 77 tahun itu yakin Red Devils akan mendapat sesuatu berdepan Manchester City pada 24 April yang akan membuka kesan Reds menjulang gelaran EPL.

Skuad Merseyside itu yang memenangi 18 gelaran liga dalam sejarah mereka dan kelab kedua tertinggi selepas United yang meraih 20 kejuaraan.

Liverpool semakin hampir mencapai takhta itu sejak 30 tahun lalu tetapi masih belum dinobatkan sebagai juara England.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer pula kali terakhir bergelar juara EPL pada 2013 ketika dikendalikan oleh Ferguson.

Bercakap kepada podcast Radio BBC 5 Live's Football Daily, Walters berkata dia berada bersama bekas rakan sepasukan Potters dan Burnley Phil Bardsley yang meluangkan masa bersama Fergie pada hujung minggu lalu.

Dia berkata: "Saya berbincang bersama Phil Bardsley dan akan menyenaraikan nama. Dia duduk bersama Sir Alex Ferguson.

"Alex merasakan Liverpool kerana dia dapat merasakan United akan mendapat sesuatu pada perlawanan menentang City."

Skuad Jurgen Klopp kini berada dua mata di depan Citizens dengan skuad Pep Guardiola kurang satu perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 6:31 PM