(Dari kiri), Ronaldo, Messi, Lavezzi, Bale dan Neymar. FOTO AFP/REUTERS
(Dari kiri), Ronaldo, Messi, Lavezzi, Bale dan Neymar. FOTO AFP/REUTERS
AFP

Paris: Penyerang Real Madrid dari Portugal Cristiano Ronaldo mencatat nama selaku pemain bola sepak menerima gaji tertinggi bagi musim 2016-17.

Dia menerima pendapatan sebanyak 87.5 juta euros (RM420 juta) yang mengatasi pencabar utama dari Argentina beraksi di Barcelona, Lionel Messi (76.5j/RM367 juta).

Jumlah angka disenaraikan oleh majalah France Football terbitan hari ini.

Rakan sepasukan Messi iaitu Neymar berada di tangga ketiga dengan 55.5j/RM266 juta untuk berada di depan penyerang Real Madrid dari Wales Gareth Bale (41j euro/RM197j).

Pemain Argentina Ezequiel Lavezzi (28.5j euro/RM135j) yang beraksi bersama Hebei Fortune dalam Liga Super China (CSL).

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho pula muncul sebagai jurulatih menerima gaji tertinggi dengan pendapatan 28 juta euro (RM134j) menurut majalah itu.

France Football menyatakan semua angka terbabit adalah berdasarkan gaji, bonus dan pendapatan menerusi iklan untuk musim 2016-2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 3:39 PM