HAALAND bakal memberi saingan sengit kepada Messi.
HAALAND bakal memberi saingan sengit kepada Messi.
Reuters

Zurich: Penyerang Argentina Lionel Messi tersenarai antara calon yang bakal merebut trofi Ballon d'Or, umum penganjur majalah France Football awal pagi tadi.

Pemenang tujuh kali Messi yang beraksi untuk Inter Miami membawa Argentina muncul juara Piala Dunia di Qatar pada Disember lalu, kejayaan pertama mereka sejak 1986.

Bintang Portugal Cristiano Ronaldo yang memenangi anugerah itu lima kali tidak tersenarai kali buat pertama dalam tempoh 20 tahun.

Penyerang berbisa Manchester City Erling Haaland yang memenangi anugerah Uefa untuk pemain terbaik lelaki musim lalu dan penyerang Paris St Germain Kylian Mbappe turut tersenarai.

Pemain Barcelona Alexia Putellas yang dinobatkan pemenang kategori wanita sejak dua tahun lalu tidak dicalonkan manakala dua pemain Chelsea Sam Kerr dan Millie Bright tersenarai antara 30 calon wanita bersama Aitana Bonmati (Barcelona) yang membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia bulan lalu.

Anugerah unutk pemain terbaik dunia lelaki dan wanita akan disampaikan pada 30 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2023 @ 7:06 AM