MESSI menerima pendapatan tahunan paling tinggi iaitu 131 juta euro (RM627 juta. FOTO AFP
MESSI menerima pendapatan tahunan paling tinggi iaitu 131 juta euro (RM627 juta. FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar kekal antara tiga pemain menerima pendapatan paling tinggi dalam sukan bola sepak berdasarkan kajian majalah France Football.

Kajian berkenaan berdasarkan pendapatan pemain paling tinggi di dalam dunia, ditambah dengan anggaran kasar gaji, selain hak cipta hingga ke bonus yang diterima musim lalu.

Hasilnya, majalah berkenaan menobatkan bintang Barcelona, Messi menerima pendapatan tahunan paling tinggi iaitu 131 juta euro (RM627 juta).

Sementara itu, Ronaldo pula meraih pendapatan 118 juta euro (RM564 juta).

Bintang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar pula di kedudukan ketiga paling tinggi dengan meraih 95 juta euro (RM454 juta).

Kedudukan pengurus memperoleh pendapatan lumayan jatuh kepada Diego Simeone dari Atletico Madrid dengan jumlah gaji keseluruhan sebanyak 40.5 juta euro (RM193 juta), diikuti pengendali Inter Milan, Antonio Conte 30 juta euro (RM143 juta) dan ketiga Pep Guardiola dari Manchester City, 27 juta euro (RM130 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 2:19 PM