VETTEL (tengah) diapit Hamilton (kiri) dan Bottas. FOTO AFP
VETTEL (tengah) diapit Hamilton (kiri) dan Bottas. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Sebastian Vettel mengatasi cabaran Lewis Hamilton dan pasukan juara dunia Mercedes dengan kemenangan menakjubkan pada perlumbaan pembuka tirai musim Grand Prix Australia di Melbourne, semalam.

Vettel menang dengan hampir 10 saat berbanding Hamilton dan rakan sepasukan Mercedes Valtteri Bottas dengan kemenangan bergaya penuh dengan taktik dan kepantasan mengagumkan di sekitar litar jalanan Albert Park.

Ferrari tidak menang di Melbourne sejak kejayaan Kimi Raikkonen pada 2007 dan ia kemenangan kedua Vettel di Australia selepas menang perlumbaan 2011 bersama Red Bull.

Ia juga satu rangsangan utama bagi musim baru dengan generasi kereta baru yang lebih pantas selepas keunggulan Ferrari menguasai ujian pramusim membuktikan keinginan kuat mereka memburu kejuaraan pengeluar pertama sejak 2008.

Kemenangan itu adalah yang keempat buat juara dunia empat kali dari Jerman itu bersama Ferrari dan pertama buatnya sejak Singapura pada 2015 dan ke-43 sepanjang kariernya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 1:03 AM