Sebastian Vettel bersama jenteranya ketika Grand Prix Formula Satu Azerbaijan. FOTO AFP.
Sebastian Vettel bersama jenteranya ketika Grand Prix Formula Satu Azerbaijan. FOTO AFP.
Dailymail

SEBASTIAN Vettel memberi amaran kepada Ferrari supaya mempertingkatkan saingan mereka dalam usaha menyekat kemaraan Lewis Hamilton untuk kejuaraan perlumbaan Formula Satu musim ini.

Vettel sekali lagi dinafikan kejuaraan perlumbaan selepas Valtteri Bottas mendahului Hamilton dalam perlumbaan di Azerbaijan semalam untuk mencipta rekod keempat penamat satu-dua bagi pasukan Silver Arrows.

Warga Jerman, yang kurang bernasib baik untuk mencatat kemenangan dalam tempoh lapan bulan. Dia kini melakukan persediaan bagi menghadapi Grand Prix Sepanyol pada masa akan datang.

Ferrari dalam pada itu sudah memungut 74 mata di belakang Mercedes dalam kategori pengeluaran.

Tindak balas terhadap Hamilton, yang berkata Ferrari perlu bangkit untuk bersaing dengan Mercedes musim ini, Vettel berkata: “Betul katanya, kami perlu bangkit segera.

“Kami perlu kelajuan yang lebih kuat. Ia semudah itu. Kami perlu lebih laju.”

Ferrari mencuri tumpuan ketika latihan musim sejuk, namun selepas empat perlumbaan, mereka seolah-olah gagal menyaingi Mercedes.

Walaupun ada 17 pusingan perlumbaan lagi, usaha Scuderia untuk menamatkan kemarau kejohanan selama sedekad menghadapi laluan sukar.

“Kamu perlu keyakinan pada kereta, dan saya masih tidak berada pada tahap itu,” tambah Vettel.

“Saya fikir seperti memandu pada tahap bukan keadaan terbaik kerana jentera itu tidak dapat melakukan seperti apa yang saya mahukan.

Rakan sepasukan junior Vettel, Leclerc mendominasi latihan untuk Ferrari pada perlumbaan itu tetapi melepaskan peluang keemasan untuk mencipta kejayaan apabila terbabit dalam kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 12:04 PM