Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Saiful Hisyam Md Salleh


Kanem: Tiada langsung kemudahan kerusi meja apatah lagi alat tulis. Kanak-kanak padang pasir ini dilihat hanya belajar dalam keadaan bersila di dalam bongkah batu besar menyerupai binaan zaman batu ‘Flintstones.’

Kemudahan serba daif itu sebaliknya tidak mematikan semangat gigih sekumpulan lebih 50 kanak-kanak perkampungan Wadjigui, Chad, Afrika, di sini, untuk mendalami ilmu agama selain menjadi penghafaz al-Quran.

Tanpa pakaian seragam seperti mana pelajar sekolah di Malaysia, mereka tetap akan hadir setiap pagi ke ‘sekolah’ itu untuk menimba ilmu.

Lebih menyedihkan apabila mereka terpaksa berkongsi al-Quran usang untuk mengaji serta menghafaz juzuk demi juzuk.

Kekurangan dialami pelajar cilik ini mendapat perhatian sukarelawan Muslim Care Malaysia yang mengadakan kunjungan singkat sebelum menyerahkan sumbangan al-Quran kepada kanak-kanak di sekolah itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 9:07 AM
KEADAAN ‘sekolah’ agama perkampungan Wadjigui yang serba kekurangan dan kemudahan asas. Gambar kecil, Antara kanak-kanak malang di perkampungan Wadjigui, Kanem yang mengharapkan bantuan pendidikan sempurna.
KEADAAN ‘sekolah’ agama perkampungan Wadjigui yang serba kekurangan dan kemudahan asas. Gambar kecil, Antara kanak-kanak malang di perkampungan Wadjigui, Kanem yang mengharapkan bantuan pendidikan sempurna.