KEADAAN di wad di Hospital Kulai (kiri) dan di Klinik Kesihatan Kulai (kanan). FOTO ihsan APM
KEADAAN di wad di Hospital Kulai (kiri) dan di Klinik Kesihatan Kulai (kanan). FOTO ihsan APM
Mohd Sabran Md Sani


Kulai: Ribut dan angin kencang di sekitar bandar ini tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada pesakit meskipun bangunan Hospital dan Klinik Kesihatan Kulai terjejas akibat kejadian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, ia berdasarkan laporan awal diterima daripada pihak hospital petang tadi.

"Maklumat awal daripada pihak hospit mengesahkan tiada mangsa yang cedera akibat ribut yang berlaku di kedua-dua bangunan berkenaan.

"Turut terjejas akibat ribut itu, premis perniagaan dan kediaman penduduk, selain bangunan hospital dan klinik kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, antara agensi yang membantu membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tiada pusat pemindahan dibuka sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 9:28 PM