Anggota bomba membawa turun mangsa selepas diberi rawatan awal di tempat kejadian namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba membawa turun mangsa selepas diberi rawatan awal di tempat kejadian namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. - Foto Ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


Kulai: Seorang lelaki Singapura maut selepas tergelincir dari ketinggian kira-kira 20 meter ketika menyusuri anak sungai di kawasan Air Terjun Gunung Pulai di sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, Cho Kah Long David, 47, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Mangsa bersama empat ahli keluarganya beriadah di hutan lipur berkenaan dan mereka tergelincir ketika menuruni laluan berkenaan.

Dua ahli keluarga mangsa juga cedera iaitu isterinya, Chua Soo Hoon, 48, dan anak perempuannya, Rachael Cho Chen Xin, 7, manakala Chua Mei Chien, 48, dan seorang kanak-kanak perempuan, Elizabeth Choo Rong Le, 7, tidak cedera.

Mayat dan mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Kulai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 12.55 tengah hari dan Katanya, sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 6:21 PM