HASLINOREN bersama keluarganya terpaksa meneruskan kehidupan di rumah usang sejak empat tahun lalu.
HASLINOREN bersama keluarganya terpaksa meneruskan kehidupan di rumah usang sejak empat tahun lalu.
Mohamed Sahidi Yusof


Tanah Merah: “Tiada apa yang kami harapkan selain dapat tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat,” demikian luahan Haslinoren Hussien, 32, mengenai kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa menghuni rumah usang sejak empat tahun lalu.

Haslinoren berkata, dia bersama suami dan lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun amat sedih kerana terpaksa tinggal di sebuah rumah usang yang hanya berdindingkan papan sudah reput dan menunggu masa roboh.

Katanya, rumah yang didiami itu adalah ihsan seorang penduduk yang bermurah hati dan membenarkan mereka terus tinggal di situ.

“Namun rumah ini kemungkinan akan dirobohkan berikutan proses tuntutan harta pusaka keluarga pemilik tanah terbabit selesai dalam masa terdekat ini.

“Ini yang membimbangkan kerana kami tidak mempunyai lagi tempat untuk berteduh dan pada masa sama tidak mampu untuk menyewa rumah dengan hanya bergantung hidup hasil menoreh getah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 5:35 AM