MUHAMMAD Saiful   membantu ibunya mengemas barang keperluan untuk dibawa ke rumah sementara.
MUHAMMAD Saiful membantu ibunya mengemas barang keperluan untuk dibawa ke rumah sementara.

Shah Alam: Setiap kali hujan, tiga sekeluarga terpaksa berteduh di bawah jambatan kerana bimbang pondok usang di Kampung Padang Jawa yang menjadi teratak mereka sejak lapan bulan lalu roboh.

Lebih memilukan, mereka terpaksa berhimpit untuk tinggal di dalam pondok kecil berdinding dan beratapkan plastik serta berlantai kayu hutan selain hanya bertemankan lilin sebagai cahaya pada waktu malam tanpa bekalan air bersih.

Wan Esah Ramli, 58, berkata, dia terpaksa tinggal di pondok buruk itu bersama suami, Mohd Yusof Isa, 56, dan anak bongsu, Muhammad Saiful Anuar Azizan, 18, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Katanya, tindakan itu juga dibuat kerana enggan menyusahkan lima anak perempuannya yang sudah berkeluarga.

Menurutnya, walaupun dia dan Muhammad Saiful bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa dengan pendapatan RM900, manakala suami bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta dengan gaji RM700, mereka masih belum mampu untuk menyewa rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 9:52 AM