Neelofa kekal hubungan baik sebagai rakan dengan Hans. FOTO HM
Neelofa kekal hubungan baik sebagai rakan dengan Hans. FOTO HM
Michelle Gun


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara jelita Neelofa gembira bekas kekasihnya, Datuk Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujangnya dengan model Gabriela Robinson, 29 Julai ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia sudah mengetahui mengenai pertunangan Hans sejak November tahun lalu.

"Hans memberitahu dia akan berkahwin sewaktu berjumpa dengannya di satu majlis tahun lalu.

"Saya mahu dia gembira dengan wanita pilihannya," katanya ketika majlis pelancaran butika kedua Naelofar Hijab di Publika, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, hubungannya dengan Hans masih baik walaupun masing-masih sudah mempunyai haluan sendiri.

"Kami tiada masalah dan mengekalkan hubungan sebagai rakan baik," katanya.

Neelofa dan Hans, 46, pernah bercinta selama dua tahun namun putus pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 5:38 PM